fbpx

Soojin mahu dakwa penyebar fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOOJIN

SUSULAN kes buli yang menghangatkan namanya sejak beberapa minggu lalu, penyanyi Soojin akhirnya tampil ke depan dengan amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan agensinya, Cube Entertainment, penyanyi itu tampil menjelaskan 10 dakwaan yang menuduh dirinya seorang pembuli.

Malah penyanyi kumpulan (G)I-DLE itu turut menafikan dakwaan bahawa dia pernah terlibat dalam pergaduhan di sekolah, termasuklah khabar angin konon-kononnya di pernah membuli pelakon Seo Shin-ae.

Soojin dengan tegas mempertahankan bahawa dia sama sekali tidak pernah terlibat dalam semua dakwaan tersebut meskipun mengaku pernah beberapa kali merokok ketika di bangku sekolah.

“Saya ambil sedikit masa untuk tampil ke depan bersuara bukan bermakna saya salah.

“Saya perlukan masa untuk mengumpul bukti.

“Saya tahu bukan perkara yang baik sekiranya seorang artis mengaku pernah merokok, tetapi saya hanya mahu berlaku jujur. Saya tahu perbuatan tersebut sangat salah,” katanya.

Soojin dan agensinya kini sedang mengumpul bukti-bukti sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI