fbpx

Semak SOP terkini penganjuran majlis sosial dan program – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar merujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di pautan https://www.mkn.gov.my bagi mendapatkan prosedur operasi standard (SOP) terkini berhubung penganjuran majlis sosial atau sebarang program dalam tempoh pandemik ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pelaksanaan SOP bagi tujuan tersebut adalah berbeza mengikut status kawalan pergerakan sesebuah negeri di mana tumpuan diberikan kepada aspek penjarakan fizikal serta keluasan sesuatu premis.

“Orang ramai juga diingatkan supaya mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera atau merekodkan nama dan nombor telefon bimbit dalam buku catatan di setiap premis yang dikunjungi bertujuan untuk mengesan pergerakan individu serta kontak rapat sekiranya wujud kes positif Covid-19 di sesebuah premis.

“Bagi pemeriksaan suhu pula, ia hanya perlu dilakukan sekali sahaja jika berada di premis atau bangunan yang sama seperti di kompleks beli belah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjalankan operasi pematuhan SOP bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan yang telah dikeluarkan dalam usaha untuk melandaikan lengkuk jangkitan wabak COvid-19. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI