fbpx

Pesara guru lesap RM38,000 diperdaya Love Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang pesara guru perempuan terpaksa menanggung kerugian RM38,000 selepas diperdaya sindiket Love Scam, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 66 tahun telah berkenalan dengan individu bernama Micheal Tan di laman sosial Facebook.

Menurutnya, perkenalan mangsa dengan individu tersebut bermula pada Julai tahun lalu dan lanjutan perkenalan berkenaan telah menjadikan mereka sebagai rakan maya.

“Mangsa tidak pernah berjumpa dengan suspek secara bersemuka dan hanya berhubung melalui Facebook Messenger sahaja.

“Kerana terlalu percayakan suspek, mangsa rela membantu rakan mayanya itu yang mengalami masalah kewangan sebanyak RM11,000. Sebaik menyedari dia ditipu, mangsa akhirnya berhenti berhubung dengan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Chang Hook.

Jelasnya, mangsa yang kecewa ditipu itu didapati tidak menyimpan resit sebagai bukti bahawa dia telah memasukkan sejumlah duit menerusi pelbagai akaun.

Katanya, pada Oktober tahun lalu, mangsa dihubungi oleh pihak yang menyamar sebagai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) melalui Facebook Messenger dan menawarkan mahu menyelesaikan masalah pengadu ditipu dengan penama Micheal Tan.

“Lanjutan perhubungan mangsa dengan penyamar itu, mangsa telah diperdaya dan ditawarkan perkhidmatan dengan dokumen-dokumen yang dihantar kepada pengadu.

“Mangsa melakukan bayaran secara berperingkat berjumlah RM27,000 ke dua akaun yang berbeza,” ujarnya.

Ujar beliau, suspek juga kerap menakut-nakutkan mangsa dengan pelbagai ugutan termasuk kerap meminta duit.

Tersedar ditipu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bahau, kira-kira 3.30 petang semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI