fbpx

Penoreh getah rugi angkara serangan ‘Pestalotiopsis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyakit tersebut akan menjangkiti daun, dahan, tangkai dan buah pokok getah sekaligus menjejaskan pengeluaran susu getah.

KUALA NERUS – Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) mengesan sebahagian pokok getah di seluruh negara kini menghadapi penyakit ‘Pestalotiopsis’ atau luruhan daun.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, penyakit tersebut yang berpunca daripada kulat itu akan menjangkiti daun, dahan, tangkai dan buah pokok getah sekaligus menjejaskan pengeluaran susu getah.

“Penyakit berkenaan boleh mendatangkan kerugian besar terutama kepada penoreh-penoreh kecil sekiranya ia tidak dirawat dengan baik.

“Kita sudah mengkaji cara mengawal penyakit kulat yang dipercayai bermula dari Indonesia ini dan saya akan turun padang untuk melihat sendiri proses rawatan tersebut,” katanya di sini semalam.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis penyampaian bantuan Ceria Ke Sekolah anjuran Tenaga Nasional Berhad kepada 40 murid sekolah sekitar daerah ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu memberitahu, bagi mengatasi masalah itu, KPPK bercadang untuk memberi bantuan berbentuk racun semburan kepada pengusaha kebun getah yang terjejas.

Jelasnya, dianggarkan hampir 474,000 pekebun getah di seluruh negara terjejas dengan penyakit Pestalotiopsis tersebut.

“Bagi tujuan itu, KPPK telah memohon peruntukan kira-kira RM10 juta daripada Kementerian Kewangan bagi pengagihan bantuan racun semburan tersebut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI