fbpx

PDRM tingkat kawalan susulan ugutan Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan akan berterusan mengambil tindakan untuk meningkatkan pengawalan di lokasi-lokasi sensitif yang telah dikenal pasti susulan kemelut melibatkan Korea Utara, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sentiasa mengambil pendekatan untuk terus berhati-hati dalam mengendalikan isu tersebut susulan kejadian melibatkan negara itu.

“Apa yang berlaku (ekstradisi warga Korea Utara ke Amerika Syarikat) bukan kerana kita (Malaysia) ingin memusuhi mereka tetapi mereka sendiri yang telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan.

“Mereka harus faham bahawa tindakan tersebut adalah berlandaskan undang-undang dan bukanlah dibuat sesuka hati.

“Jika mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, mereka boleh salurkan aduan contohnya kepada Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya pada satu sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya telah memberi arahan kepada semua ketua polis negeri dan pengarah-pengarah di Bukit Aman untuk berterusan melakukan pemantauan berhubung perkara ini.

“Tindakan untuk meningkatkan pengawalan telah dikeluarkan dan saya berharap isu ini dapat ditamatkan dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Abdul Hamid mengumumkan akan meningkatkan tahap kesiap siagaan susulan kenyataan berbaur ugutan yang dikeluarkan oleh konsulat Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song, kelmarin.

Jelas Abdul Hamid, PDRM tidak mengambil ringan kenyataan itu dan bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan hasil tindak balas negara tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI