fbpx

PAU 2020 dilaksanakan secara maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PWTC.

PETALING JAYA – Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) dijadualkan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini disifatkan antara terpenting bagi meningkatkan semangat perjuangan parti Melayu itu.

Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, PAU 2020 adalah perhimpunan penting sempena sambutan Jubli Intan UMNO yang memasuki usia 75 tahun.

“UMNO akan terus prihatin rakyat, membela dan membantu rakyat, menjadi juara rakyat dan sentiasa menyuarakan suara rakyat.

“PAU 2020 turut mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya akan diadakan secara kombinasi bersemuka dan maya melibatkan 190 UMNO Bahagian seluruh negara,” katanya tadi.

Sementara itu, katanya, PAU 2020 turut menyaksikan tiada gerai jualan seperti sebelum ini sebaliknya membenarkan perkhidmatan ‘food trucks’.

“Berikutan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, petugas media juga tidak dibenarkan berada di dewan persidangan dan perlu membuat liputan secara maya di bilik yang disediakan,” jelasnya.

Upacara perasmian PAU 2020 akan diadakan pada 28 Mac ini di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) manakala Perhimpunan Sayap Wanita, Pergerakan Pemuda serta Puteri dilaksanakan pada 27 Mac. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI