fbpx

Leher polis cedera akibat tali layang-layang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis cedera selepas terlanggar tali tangsi di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Butterworth, Ahad lalu.

SEBERANG PERAI – Seorang anggota polis yang menunggang motosikal cedera pada leher selepas tersangkut seutas tali yang melintang jalan di Kilometer 129.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Butterworth di sini Ahad lalu.

Terdahulu, kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu tular di media sosial selepas pengguna memuat naik video yang memaparkan rakaman berkenaan kejadian itu.

Menerusi rakaman itu ia memaparkan keadaan mangsa yang luka pada leher akibat tersangkut tali tangsi ketika menunggang motosikal di lorong kiri.

Kejadian itu berlaku ketika anggota berusia 24 tahun tersebut selesai tugasan di Hospital Bukit Mertajam dan dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

Tali tangsi inilah yang dikesan berada di lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian terbabit tiada unsur sabotaj.

“Ia dipercayai tali layang-layang yang tersangkut dan orang ramai diminta tidak gusar kerana siasatan polis dan pengendali lebuh raya mendapati tiada unsur khianat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI