fbpx

Langkah pencegahan perlu atasi jenayah siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin melancarkan SiberKASA di Cyberjaya hari ini.

CYBERJAYA – Landskap keselamatan siber kini menjadi lebih mencabar apabila taktik, teknik dan prosedur yang digunakan oleh penjenayah siber sentiasa berubah selari dengan perkembangan teknologi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penjenayah siber yang licik turut memiliki kepakaran dan kemampuan untuk melumpuhkan operasi sistem rangkaian komputer dan melancarkan serangan yang lebih sofistikated.

Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti program kesedaran dan latihan perlu diadakan secara kerap dan berkala membabitkan semua peringkat di sesebuah organisasi mahupun orang awam.

“Hampir kesemua pakar keselamatan siber bersetuju bahawa komponen manusia adalah kelemahan terbesar.

“Ini terbukti apabila insiden-insiden keselamatan siber berpunca daripada faktor manusia yang menggunakan teknologi dan internet secara tidak bertanggungjawab, bersikap tidak peduli dan naif,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran SiberKASA di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, secara purata, Malaysia merekodkan 10,790 insiden keselamatan siber sepanjang tahun lalu dengan purata 29.5 insiden dilaporkan sehari.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 98.1 peratus berkomunikasi melalui khidmat pesanan ringkas diikuti 93.3 peratus menggunakan media sosial, menonton video (87.3 peratus), melakukan komunikasi video dan suara (81.1 peratus) dan menggunakan internet untuk mencari maklumat dan informasi (74.3 peratus). K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI