fbpx

Laluan Hamilton gapai hajat berliku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON memburu gelaran dunia kelapan musim ini untuk menempa sejarah baharu F1. – AFP

MANAMA – Lewis Hamilton yang akan bersaing dalam perlumbaan Formula Satu (F1) pada hujung minggu ini di Grand Prix (GP) Bahrain bakal berdepan beberapa kesukaran untuk memburu gelaran dunia kelapan.

Musim ini hadir dengan perubahan baharu terutama peraturan had perbelajaan setiap pasukan kini ditetapkan seba­nyak AS$145 juta (RM586.81 juta) dan juga tambahan AS$1.2 juta (RM4.93 juta) bagi setiap perlumbaan sekali gus memberi cabaran kepada setiap pasukan .

Situasi berkenaan juga sedikit memeningkan pasukan Mercedes apabila mereka memulakan saingan aksi pramusim dengan langkah kiri selepas berdepan masalah kotak gear sekali gus membuatkan mereka panik berdepan aksi pembukaan di Bahrain nanti.

Seteru utama mereka, Red Bull Racing dilihat mempamerkan potensi sebenar mereka pada sesi ujian tersebut dengan cukup baik dan disebut-sebut sebagai pencabar utama kepada Mercedes dan gelaran dunia F1 pada musim ini.

“Sudah pasti Red Bull akan turun dengan sesuatu yang berbeza pada musim ini. Mereka mempunyai prestasi yang sangat baik dengan barisan pelumba yang berpengalaman dan juga jentera yang sangat baik.

“Setelah melihat mereka memenangi perlumbaan terakhir, anda yakin mereka pasti memberi tentangan hebat pada perlumbaan pembukaan nanti. Saya yakin musim ini akan menjadi pertarungan merebut kejuaraan yang sangat panjang serta tidak mudah,” kata Hamilton.

Peraturan had perbelanjaan pada musim ini pasti memberi cabaran kepada pasukan yang bertanding. Ini terutama kepada pasukan besar seperti Mercedes atau Ferrari yang telah mengeluarkan dana yang begitu ba­nyak untuk program pembangunan bagi membina jentera yang cukup berdaya saing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI