fbpx

KTM perlu pujuk Pedrosa kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEDROSA hanya bertindak sebagai pelumba uji untuk KTM ketika ini tetapi khidmatnya mungkin diperlukan pada perlumbaan sebenar jika pelumba utama berdepan kecederaan. – AFP

DOHA – Pada penghujung musim 2018, pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa membuat keputusan untuk bersara dan memilih menjadi pelumba uji bagi pasukan KTM dalam membantu pasukan tersebut membina jentera terbaik dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Bagaimanapun, ketika ini KTM memerlukan khidmat Pedrosa lebih daripada sebagai pelumba uji kerana dia perlu bersedia sekiranya pelumba utama mereka berdepan kecederaan ekora­n pelumba simpanan pasukan itu, Mika Kallio berdepan kecederaan ketika ini.

Peluang membawa Pedrosa kembali ke saingan MotoGP didedahkan sendiri oleh pengurus pasukan KTM, Mike Leitner yang mengakui mereka tiada pilihan lain meskipun sedar Ped­rosa akan menolak tawaran tersebut.

“Memang benar bahawa Mika Kallio mengalami kecederaan tetapi kami berharap sekiranya terdapat pelumba utama yang berdepan kecederaan, pasukan akan mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Sekiranya pasukan tiada cara lain, kami boleh melakukan perbincangan dengan Pedrosa untuk kembali ke litar untuk mengambil tempat pelumba yang mengalami kecederaan,” kata Leitner.

Kallio menjadi pilihan utama KTM untuk menjadi pelumba wildcard pasukannya itu dan sering diturunkan ketika salah seorang pelumba MotoGP me­ngalami kecederaan atau membuat keputusan untuk keluar lebih awal seperti situasi Johann Zarco pada 2019.

Namun, KTM pastinya berde­pan tugas berat untuk memujuk Pedrosa kembali selepas mengambil keputusan untuk bersara pada 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI