fbpx

Kerajaan Perak, SPNB jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) melihat model rumah yang dipamerkan pada majlis menandatangani MoU pembangunan RMR SPNB di Hotel Casuarina di Ipoh hari ini.

IPOH – Lebih ramai golongan sasar yang layak akan dibantu untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi kolaborasi antara Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersama Yayasan Perak.

Inisiatif kerajaan negeri Perak ini bakal menyaksikan lebih 200 unit kediaman sedemikian akan dibina melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, menerusi kerjasama ini pemohon pula hanya perlu membayar 70 peratus kos pembinaan manakala selebihnya dibiayai oleh SPNB.

Menurutnya, RMR Perakku Prihatin ini khusus untuk golongan berpendapatan rendah atau B40 ke bawah serta menepati syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Perak.

“Kerajaan negeri berbesar hati apabila pihak SPNB sudi menjalinkan kerjasama kerana sebelum ini projek RMR dijalankan oleh Yayasan Perak secara sendirian.

“Misalnya jika dulu kita bina rumah bersaiz 800 meter persegi berharga RM50,00 tetapi dengan kerjasama ini kita boleh bina rumah lebih besar dengan sebahagian kos dibiaya SPNB.

“Ini sudah pasti menguntungkan rakyat (pemohon) selain kita boleh membina lebih banyak rumah kerana mempunyai lebihan peruntukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pembangunan RMR SPNB di Hotel Casuarina di sini hari ini.

Terdahulu, MoU dimeterai antara SPNB bersama Yayasan Perak dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak (PKMM).

Pada majlis tersebut SPNB diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Hasleen Isnin manakala Yayasan Perak diwakili Pengerusinya, Datuk Tarmizi Idris dan PKMM oleh Yang Dipertua, Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI