fbpx

Kebajikan mangsa dan keluarga akan diberi perhatian – Prolintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) akan memastikan kebajikan mangsa serta keluarga yang terlibat dalam insiden komponen kren jatuh di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu-Klang Expressway (SUKE) semalam diberikan perhatian yang sewajarnya.

Prolintas dalam satu kenyataan berkata, ketika ini siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh dalam mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Katanya, sebarang tindakan susulan yang bakal diambil adalah bergantung kepada hasil siasatan oleh pihak berkuasa.

“Ahli pengurusan dan Lembaga Pengarah Kumpulan Prolintas memandang serius tentang isu keselamatan awam dan pekerja-pekerja di tapak pembinaan.

“Tindakan tegas akan mengambil terhadap pihak yang terbabit jika didapati sebarang elemen kecuaian selepas siasatan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Prolintas berkata, pasukan projek SUKE, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), pasukan bomba, polis serta jurutera perunding sedang bertungkus lumus untuk memastikan proses menyelamat, pengalihan dan pembaikan di tapak kejadian dijalankan dengan sempurna dan selamat.

“Proses yang rumit ini akan mengambil masa demi memastikan aspek- aspek keselamatan dipenuhi dan kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul,” katanya.

Pada masa sama, Prolintas mengalu-alukan komen, pandangan dan kritikan dari pelbagai pihak berkaitan insiden yang berlaku sebelum ini dan semalam.

“Walaubagaimanapun, sebarang komen yang berunsur hasutan, serangan peribadi dengan penggunaan bahasa yang kurang
sopan serta mencela ketika ini tidak akan membantu keadaan dan amatlah kesali,” jelas Prolintas. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI