fbpx

Gegaran, dentuman seperti gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bunyi dentuman kuat dan suasana berdebu.

Itu situasi genting yang digambarkan seorang saksi dalam kejadian struktur kren terjatuh di projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras di sini semalam.

Saksi dikenali sebagai Lam berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama beberapa orang rakan sekerja sedang berkumpul sebelum memulakan kerja di sebuah kilang berhampiran.

“Sekitar pukul 8.30 pagi ketika semua pekerja sedang mendengar taklimat, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sehingga gegaran dapat dirasai seolah-olah gempa bumi sedang
berlaku.

“Situasi ketika itu sangat menakutkan sebelum kami melihat kawasan pembinaan berkenaan dilitupi debu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Lam, dia dan rakan yang lain cuba mendekati kawasan tersebut yang jaraknya cuma terletak kira-kira 300 meter dari kilang, namun dihalang oleh pekerja tapak pembinaan.

“Mereka arahkan kami beredar kerana bimbang ada lagi struktur yang runtuh,” jelasnya.

Sementara itu, seorang penduduk, Wan Azli Wan Ahmad, 58, berkata, penduduk di sekitar kawasan itu telah berkali-kali membuat aduan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak pemaju pembinaan berhubung isu keselamatan pengguna jalan raya, namun aduan itu hanya dipandang sepi.

“Sejak pembinaan di laluan itu dimulakan tiga tahun lalu, penduduk di sekitar kawasan ini sudah beberapa kali membuat aduan berhubung kerosakan jalan dan isu keselamatan lain.

“Selain jalan yang rosak dan berlubang, pengguna jalan raya turut berasa terancam dengan percikan api kimpalan oleh pekerja pembinaan, laluan terhalang oleh batu dan kesesakan lalu lintas susulan laluan yang sempit,” luahnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI