fbpx

Empat maut dalam serangan bom buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba kelihatan memadam api di kawasan kejadian. - REBECA RAMBAR/TWITTER

BEIJING – Empat orang  terbunuh apabila seorang lelaki meletupkan sebutir bom buatan sendiri di pejabat pentadbiran sebuah kampung yang terletak di selatan China semalam.

Polis tempatan melalui akaun rasmi Weibo mereka berkata, seorang lelaki berusia 59 tahun yang  disyaki bertanggungjawab dalam serangan itu turut terkorban.

Kejadian itu berlaku di kampung Mingjing dekat bandar raya Guangzhou.

Kampung tersebut mempunyai kira-kira 3,000 penduduk dan terlibat dalam projek pembangunan semula hartanah melibatkan penempatan semula penduduk tempatan.

Perkongsian klip video di laman berita Jiemian menunjukkan pejabat tersebut hancur dengan kesan percikan darah pada dinding serta sekurang-sekurangnya dua orang dilihat terbaring di lantai pejabat tersebut.

Media tempatan melaporkan, letupan itu berlaku di pejabat jawatankuasa desa yang mempunyai kuasa dalam memutuskan perkara berkaitan penggunaan tanah.

Pegawai-pegawai  dikatakan telah memberi tanah seluas 109 hektar kepada pemaju di  tahun lalu bertujuan membina semula kampung lama itu bagi menarik kedatangan pelancong.

Projek menelan kos  lapan bilion yuan (RM4.9 bilion) itu melibatkan penempatan semula petani manakala beberapa orang yang mengaku tinggal di kawasan tersebut mendakwa, serangan itu dikaitkan dengan pertikaian mengenai pampasan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI