fbpx

Ciapan pertama dilelong RM11.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACK DORSEY

SAN FRANCISCO, California – Mesej pertama yang dihantar di Twitter dijual pada harga lebih AS$2.9 juta (RM11.9 juta) hari ini apabila penghantarnya, Jack Dorsey menerima bidaan untuk memorabilia itu sebagai ‘token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti’ (NFT) dalam satu lelongan.

“Dorsey menerima tawaran daripada sinaEstavi berjumlah AS$2,915,835.47 (RM11,994,289.21)

“Tweet tersebut kini berada dalam blockchain (sistem simpanan kriptografi digital),” demikian menurut platform lelongan Valuables by Cent.

15 tahun lalu Dorsey menaip mesej “just setting up my twttr” yang menjadi ciapan pertama sekali gus melancarkan platform global yang menjadi kuasa dominan dan kontroversi dalam masyarakat.

Ciapan pendek itu dihantar pada 21 Mac 2006 oleh Dorsey selaku ketua dan pengasas bersama Twitter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI