fbpx

50,000 pelarian Rohingya berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Api meranapkan kem pelarian Rohingya di Cox Bazar, Bangladesh, semalam. - CNN

DHAKA, Bangladesh – Hampir 50,000 pelarian etnik Rohingya kehilangan tempat tinggal dengan tujuh dikhuatiri mati dalam satu insiden kebakaran besar yang meranapkan kem pelarian Cox Bazar di Bangladesh, petang semalam.

Menurut laporan agensi berita AFP hari ini, kejadian ini adalah kebakaran ketiga yang melanda kem berkenaan dalam tempoh empat hari.

Pihak berkuasa tempatan memberitahu bahawa kebakaran dipercayai bermula di salah sebuah daripada 34 kem yang meliputi sekitar 3,237 hektar tanah sebelum merebak ke tiga kem lain.

Kepulan asap tebal dapat dilihat di kaki langit termasuk teriakan pelarian dalam video yang dikongsi di media sosial ketika beratus-ratus anggota bomba dan pekerja bantuan bekerja keras memadamkan api dan menarik pelarian ke lokasi lebih selamat.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut sekitar tengah malam hari yang sama.

“Kami mendapati bahawa terdapat tujuh mangsa maut termasuk dua kanak-kanak, seorang wanita dan empat lelaki dewasa,” kata Ketua Bomba Cox Bazar, Shahdat Hossain kepada AFP.

Bagaimanapun, pejabat pelarian dan polis Bangladesh belum membuat sebarang pengesahan berkaitan jumlah kematian sebenar.

“Ini adalah kebakaran terbesar sejak pelarian Rohingya mula mendiami kem di Cox Bazar pada Ogos 2017. Kira-kira 1,500 hingga 2,000 pelarian benar-benar terkesan dengan tragedi ini,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pelarian Pemerintah, Shamsud Douza. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI