fbpx

1,384 kes baharu; enam kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,384 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 335,540 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sembilan kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,375 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 mencatatkan 14,454 kes.

“Terdapat enam kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,244 kes.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,058 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 319,842 kes,” katanya pada Facebook di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 148 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 62 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI