fbpx

Zul nafi jadi punca Intan Najuwa putus tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL ARIFFIN dan Intan Najuwa.

PETALING JAYA – “Saya tak tahu apa-apa pun tentang Intan Najuwa putus tunang.”

Demikian jawapan pelakon Zul Ariffin apabila ditanya tentang dakwaan kononnya menjadi antara punca putusnya ikatan pertunangan antara Intan dan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

Pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin, 35, itu turut menafikan sedang menjalin hubungan dengan Intan, sekali gus menjadi orang ketiga yang menyebabkan aktres itu berpisah dengan Razrul.

“Saya tak pernah pula dengar cerita-cerita begitu dalam media sosial malah tidak tahu pula dia sudah putus tunang semula.

“Saya selalu sangat dikaitkan dengan macam-macam gosip tetapi untuk kali ini saya tak tahu dan tiada kena-mengena,” katanya kepada Kosmo! Online usai tayangan perdana filem terbaharu, Penunggang Agama di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pelakon filem Misteri Dilaila memberitahu dia tidak ada masa untuk mengusutkan kepala dengan isu tersebut.

“Saya ada banyak benda nak buat dan macam tak ada kerja lain pula hendak jadi punca.

“Ini bukan kali pertama orang bercakap tentang saya berkaitan isu sebegini. Sebelum ini, spekulasi tersebut muncul mungkin disebabkan kami pernah bergandingan dalam drama,” ujarnya.

Untuk rekod, Intan dan Zul pernah bergandingan dalam drama bersiri, Setelahku Dimiliki yang disiarkan menerusi slot Akasia pada 2019.

Hari ini Kosmo! Online turut melaporkan Intan membuat pengesahan sudah putus tunang dan enggan lagi dikaitkan dengan Razrul memandangkan sudah lama mereka membawa haluang masing-masing.

Malah, Intan juga menafikan kewujudan orang ketiga sebagai punca perpisahan dengan Razrul.

Terdahulu, Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan Razrul pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22.

Bagaimanapun, enam bulan kemudian iaitu pada sekitar Februari 2020, Intan dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dengan tunangnya.

Namun, sekitar Jun 2020, status mereka sekali lagi menjadi tanda tanya selepas Intan berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan dia meletakkan kepala pada bahu seorang lelaki yang dipercayai tunangnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI