fbpx

United siapkan dana dapatkan Pedro Neto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETO (kanan) muncul antara pemain penting Wolves untuk memburu gol pada setiap perlawanan selepas mereka kehilangan Jimenez. – AFP

LONDON – Manchester Uni­ted dilaporkan sedang me­nyiapkan dana sebanyak £50 juta (RM284.86 juta) untuk ditawarkan kepada Wolverhampton Wanderers bagi mendapatkan pemain tonggak mereka Pedro Neto.

United dilaporkan sedang memberi keutamaan untuk mendapatkan seorang pemain sayap kanan dan Neto dilihat sebagai salah seorang calon yang berada dalam senarai mereka.

United sepatutnya mampu untuk menandatangani Neto dengan harga yang lebih murah ketika dia datang ke Carrington untuk menjalani ujian dari Braga pada 2016 tetapi ketika itu dia gagal meyakinkan barisan kejurulatihan The Red Devils.

Bagaimanapun, United sedar bahawa Neto yang dibeli oleh Wolves dari Lazio dengan nilai £16 juta (RM91.15 juta) kini merupakan salah seorang pemain yang berbakat dan mampu menjadi alternatif kepada pemain buruan mereka, Jadon Sancho.

Selain United, jiran mereka, Manchester City juga dilaporkan cuba memikat Neto tetapi skuad bimbingan Pep Guardiola itu memberi fokus untuk mendapatkan kapten Aston Villa, Jack Grealish terlebih dulu.

Neto berjaya mempamerkan aksi terbaik apabila menjadi salah satu tonggak penting di barisan serangan skuad kendalian Nuno Espirito Santo selepas mereka kehilangan penggempur utama, Raul Jimenez yang meng­alami kecede­raan.

Selain Neto, United turut dikaitkan dengan perpindahan pemain sayap Leeds United, Raphinha dan pemain Sporting Lisbon, Pedro Goncalves. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI