fbpx

Tuneboss-Pink Racing teruja penampilan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIKAH, 25, mengakui gembira dengan prestasi pasukannya meskipun tidak menjangkakan mampu memperoleh keputusan sebagus itu.

PENAMPILAN sulung Tuneboss-Pink Racing ternyata luar biasa apabila kedua-dua pelumba­nya meraih mata pada saingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) semalam.

Lebih membanggakan, pelumba wanita, Siti Norafizah Muhammad atau dikenali sebagai Fifie melakukan kejutan dalam sai­ngan CP125 selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima sekali gus mengutip 11 mata.

Rakan sepasukan Fifie, Harith Farhan Baharin turut memperagakan tunggangan menarik apabila menamatkan saingan di kedudukan kelapan sekali gus meraih lapan mata.

Pemilik pasukan, Atikah Az­war yang baru berusia 25 tahun mengakui gembira dengan prestasi pasukannya meskipun tidak menjangkakan mampu memperoleh keputusan sebagus itu.

“Penampilan pasukan kami dalam saingan ini hanya mahu mengutip mata dan ketika sesi kelayakan semalam, kita juga terkejut apabila Fifie yang ber­aksi dalam hujan berjaya me­nyambar petak kedua.

“Keputusan ini sedikit seba­nyak membantunya dan dia juga beraksi amat baik, malah mendahului pelumba lain pada perte­ngahan perlumbaan.

“Ini satu keputusan yang membanggakan pasukan kese­luruhannya dan Harith juga beraksi dengan baik kerana dia juga merupakan sandaran utama pasukan.

“Saya harap keputusan ini dapat memberi semangat kepada pelumba kita dan juga pasukan untuk melakukan persiapan di pusingan kedua di Sepang pada 4 April nanti,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Pada saingan CP125, pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Syafiq Rosli menjuarai saingan tersebut. Dua pelumba pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, Fareez Afeez Abd. Rahman dan Adib Rosley menamatkan saingan tempat ketiga dan keempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI