fbpx

Tragedi mandi Sungai Tebrau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelam bomba mengangkat mayat lelaki yang mati lemas di basah jambatan di Jalan Desa Mutiara, Johor Bahru, malam semalam. Foto Ihsan Bomba

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Tebrau sebelum mayatnya dijumpai di bawah jambatan di Jalan Desa Mutiara, di sini, malam tadi.

Mayat S. Parthiban, 28, dijumpai pada jarak 20 meter dari lokasi kejadian pada pukul 11.24 malam oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Pegawai Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, mangsa yang keluar rumah sejak pukul 10 pagi bersama dua rakannya duduk di bawah jambatan tersebut.

Katanya, mangsa kemudiannya mandi di bawah jambatan itu selepas dua rakannya pulang meninggalkan kawasan tersebut.

“Mangsa yang tidak pulang ke rumah hingga lewat malam menyebabkan keluarga lelaki itu risau dan bertanyakan kepada jiran-jiran termasuk seorang pemancing yang baru pulang dari sungai tersebut.

“Pemancing berkenaan memaklumkan ahli keluarga mangsa semasa dia pulang ke rumah lelaki itu masih mandi di bawah jambatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsul Khomari berkata, keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Dato’ Onn sebelum 12 anggota dari BBP Tebrau dan BBP Skudai dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, setiba pasukan bomba di tempat kejadian, anggotanya mendapati baju, selipar dan motosikal mangsa masih berada di tebing sungai tersebut.

“Pasukan PPDA melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) di sungai itu pada kedalaman kira-kira empat meter.

“Kita membuat pencarian di sekitar kawasan sungai dengan menggunakan teknik surface searching dan mayat mangsa ditemukan dalam dasar sungai tersebut,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat dan operasi ditamatkan pada pukul 3.17 pagi.-K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI