fbpx

Taiwan mulakan kempen vaksinasi Covid-19 dengan AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI Tseng-Chang selepas menerima suntikan vaksin koronavirus di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan di Taipei hari ini. - AFP

TAIPEI – Taiwan memulakan kempen vaksinasi koronavirusnya hari ini dengan dua pegawai tinggi menerima suntikan AstraZeneca dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat kepada vaksin.

Perdana Menteri, Su Tseng-chang dan Menteri Kesihatan, Chen Shih-chung menerima suntikan di sebuah hospital di Taipei selepas pihak berkuasa tempatan meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca buatan firma Sweden-Britain untuk kegunaan.

“Saya tidak berasa sebarang kesakitan. Saya harap semua orang akan lega selepas melihat keadaan saya,” kata Tseng-chang, 73, dalam siaran langsung di kaca televisyen.

Awal bulan ini, sebilangan negara termasuk Perancis, Venezuela dan Indonesia menggantung sementara penggunaan vaksin AstraZeneca berhubung kebimbangan ia mungkin menyebabkan pembekuan darah dan pendarahan dalam otak.

Bagaimanapun, banyak negara kembaali menggunakan vaksin tersebut selepas pihak berkuasa perubatan Eropah mengesahkan vaksin AstraZeneca adalah ‘selamat dan berkesan’.

Vaksin tersebut adalah antara yang paling murah dan mudah untuk disimpan.

Taiwan meneruskan program vaksinasi itu selepas sebuah jawatankuasa terdiri daripada pakar-pakar tempatan memutuskan bahawa manfaat klinikal vaksin AstraZeneca jauh besar daripada kesan sampingannya.

Bagaimanapun, sesetengah kumpulan termasuk mereka yang menerima terapi hormon atau mengambil pil pencegah kehamilan tidak digalakkan mengambil suntikan tersebut.

Taiwan yang mempunyai kira-kira 23 juta penduduk, dianggap model dalam membendung koronavirus dengan pulau itu hanya merekodkan lebih 1,000 kes dan 10 kematian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI