fbpx

SUKE umum lencongan dan penutupan jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lencongan dan penutupan jalan sementara itu dilakukan bagi memberi ruang kerja-kerja pembersihan dilakukan.

KUALA LUMPUR – Projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) mengumumkan pelaksanaan lencongan dan penutupan jalan sementara susulan kejadian komponen kren jatuh di Jalan Alam Damai, Cheras di sini pagi tadi.

SUKE menerusi satu kenyataan berkata, lencongan dan penutupan jalan sementara itu dilakukan bagi memberi ruang kerja-kerja pembersihan dilakukan.

“Lencongan dan penutupan jalan sementara di Persiaran Alam Damai ini dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan di Alam Damai berikutan kemalangan yang berlaku berdekatan Puncak Banyan.

“Pengguna dari arah Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang ingin menuju ke Alam Damai akan dilencongkan ke Jalan Cerdas (Pasar Malam Taman Connaught) untuk keluar ke Jalan Alam Damai berhampiran OCBC Bank, melalui Altitude 236 (Rujuk Peta Laluan Alternatif Berwarna Hijau),” katanya.

Tambah kenyataan itu, semasa penutupan dijalankan hanya penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran penutupan (Altitude 236, Mandarina, Universiti UCSI dan Kondominium Puncak Banyan) sahaja yang dibenarkan menggunakan laluan tersebut.

“Penempatan pengawal trafik dan lalu lintas, kon keselamatan dan papan tanda amaran serta arah akan diletakkan di sepanjang laluan yang terlibat.

“Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah, kelajuan dan keselamatan serta arahan kakitangan bertugas untuk perjalanan yang lancar dan selamat di sepanjang laluan tersebut,” ujar kenyataan itu.

Tambahnya, penutupan serta lencongan yang dimaklumkan itu akan berkuat kuasa sehingga 28 Mac ini bagi memberi ruang kerja-kerja pembersihan susulan insiden komponen kren jatuh itu dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI