fbpx

SPRM beri jaminan siasat kes ugut, sogok Ahli Parlimen pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR bercakap kepada pemberita selepas bertemu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini. - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan tidak akan menutup mana-mana kes terutama membabitkan dakwaan ugutan dan sogokan yang diterima Ahli Parlimen pembangkang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, di sini hari ini.

Anwar berkata, Azam juga menafikan dakwaan bahawa SPRM melindungi mana-mana individu.

“Dia (Azam) beri jaminan bebas dan telus dan takkan tutup mana-mana kes kalau benar ada rasuah,” katanya.

Anwar tiba di Ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 2.53 petang sebelum mengadakan pertemuan selama lebih sejam bersama Azam.

Ahli Parlimen Port Dicskon itu berkata, beliau turut menyatakan rasa tidak puas hati kerana sehingga kini ada pemimpin kerajaan yang berada di tampuk kerajaan dan masih berkuasa tetapi seolah-olah dilepaskan daripada siasatan SPRM.

Pada pertemuan sama, Anwar turut berkongsi dakwaan dan maklumat kepada SPRM berhubung bekas Ahli Parlimen PKR yang kini ditekan dan disogok oleh individu-individu tertentu.

“Saya tegaskan kalau benar ada kes, bukti dan fakta yang kuat tentang perilaku rasuah, saya tak datang untuk pertahankan.

“Tapi saya beritahu ada kes khusus seorang mantan menteri mengadu pada saya, beliau diberi jaminan seorang menteri kanan kalau beliau lompat parti, dia akan dibebaskan daripada tindakan rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Azam menerusi kenyataan akhbar berkata, beliau telah mendengar beberapa isu semasa berbangkit dikemukakan Anwar pada pertemuan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI