fbpx

Sering bazir air, lelaki maut ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut selepas ditetak rakan akibat membazir air

KINABATANGAN – Seorang lelaki warga asing maut selepas ditetak rakan serumahnya dipercayai hanya disebabkan sering membazir air dalam kejadian di sebuah ladang di Peringkat 4 Sukau kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Lito Salibat, 30-an mengalami kecederaan parah di bahagian perut akibat ditetak dengan sebilah parang dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal mendapati punca pergaduhan berlaku disebabkan salah faham antara suspek dan mangsa mengenai penggunaan air di rumah.

“Mangsa dikatakan sering membazir air walaupun kawasan perumahan pekerja ladang terbabit sering mengalami masalah bekalan air.

“Kejadian itu disedari penduduk sekitar selepas mangsa dikatakan berlari keluar daripada rumah dalam keadaan berlumuran darah.

“Selain itu, saksi kejadian juga sempat melihat suspek melarikan diri keluar dari pintu belakang rumah namun tidak ada sesiapa berani menahannya kerana suspek dilihat sedang memegang sebilah parang,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Dzulbaharin memaklumkan mangsa sempat dihantar ke Hospital Kinabatangan bagi mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 10 malam hari yang sama.

Menurut beliau, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan dibantu Unit anjing pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI