fbpx

Selangor Angels pamer taring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AN Najwa (dua dari kiri) cuba menjaringkan gol sambil dihalang goal keeper Pahang Tulips, Aimie Shyzleen Che Suhaimi pada aksi Kumpulan B NSL di Stadium Juara, Bukit Juara semalam. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

SELEPAS mencatat keputusan seri menentang Johor Jewels pada aksi sulung saingan Kumpulan B Netball Super League (NSL), Selangor Angels bangkit melakar kemenangan 80-39 ke atas Pahang Tulips di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Meskipun berdepan tentangan sengit pemain-pemain Pahang pada suku masa pertama, namun Selangor yang dibarisi pemain kebangsaan, An Najwa Azizan bangkit menampilkan aksi lebih agresif sebaik suku masa kedua bermula.

Wing attack Selangor, S. L. Karishma gembira apabila meraih kemenangan selain memuji kekebalan benteng pertahanan pada suku masa keempat.

“Saya akui pertahanan kami sukar ditembusi pada suku masa keempat kerana mungkin pemain-pemain lawan sudah kepenatan. Ia membuktikan pemain-pemain Selangor lebih cergas.

“Kemenangan ini sangat berharga untuk kami kerana ia mampu menyuntik semangat rakan-rakan sepasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang,” kata­nya sejurus tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Selangor terpaksa membayar harga mahal untuk kemenangan itu apabila goal attack, Nur Bahiyah Mohd. Farit mengalami kecederaan sehingga terpaksa diusung keluar.

Menerusi keputusan itu, Selangor dan Johor Jewels dilihat berpeluang cerah untuk melangkah ke separuh akhir selaku dua pasukan teratas Kumpulan B.

Bagi perlawanan seterusnya yang akan berlangsung hujung minggu ini, Selangor dijadualkan bertemu Negeri Sembilan Venom sementara Pahang Tulips akan menentang Johor Jewels.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI