fbpx

Rusia lancar 38 satelit untuk 18 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 14 Oktober 2020 menunjukkan roket Soyuz berlepas dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan. - AFP

MOSCOW – Sebuah roket Soyuz dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan hari ini dengan membawa 38 satelit negara asing selepas pelancaran ditangguh dua kali akibat masakah teknikal, kata agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos.

Rakaman video disiarkan Roscosmos menunjukkan roket Soyuz itu dilancarkan ke langit pada pukul 2.07 minit petang (waktu Malaysia).

“Roket Soyuz-2.1a membawa 38 satelit dari 18 negara dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur.

“Roket itu akan meletakkan 38 satelit di orbit Bumi termasuk satelit negara Jepun, Korea Selatan, Kanada, Arab Saudi, Jerman, Itali dan Brazil,” kata Roscosmos dalam akaun Twitternya.

Antara satelit berkenaan adalah Challenge-1 iaitu satelit pertama yang dibina sepenuhnya di Tunisia.

Pelancaran tersebut telah ditunda dua kali sejak Sabtu lalu berikutan isu tenikal.

Sejak kejatuhan negara Kesatuan Soviet, sektor angkasa lepas Rusia ketinggalan berbanding pesaing-pesaing antarabangsa lain disebabkan skandal rasuah dan pembantutan teknologi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI