fbpx

Polis cari dua lelaki tipu terbit filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang dicari polis

SEREMBAN – Polis kini sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kes di negeri ini pada tahun 2019.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd. Ghani berkata, kes pertama membabitkan seorang lelaki di Port Dickson yang menanggung kerugian selepas ditawarkan memberikan modal bagi menerbitkan sebuah filem tempatan.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat pada bulan September hingga Disember 2019 dan individu berkenaan turut diberikan jaminan filem berkenaan telah mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri.

“Mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM840,000 ke dalam akaun sebuah syarikat. Bagaimanapun setelah dibuat semakan tiada sebarang produksi dijalankan, malah Kerajaan Negeri juga menafikan ada membuat kerjasama berkenaan.

“Sehubungan itu, bagi kes ini kita mengesan Mohd Indera Lasim, 42, yang beralamat di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Aibee berkata, orang ramai yang mempunyai maklunat berhubung Indera boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor M Muraly di talian 016-7839535 atau di talian 06-6472222.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI