fbpx

Nelayan hilang ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Mohd. Rizal ditemui APMM dalam keadaan terapung di perairan barat Tanjung Dawai dekat Yan pada hari ini.

YAN – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut sejak Jumaat lalu ditemui mati lemas di perairan barat Tanjung Dawai dekat sini hari ini.

Mayat mangsa, Mohd. Rizal Ismail, 34, ditemui terapung oleh anggota Maritim Malaysia (APMM) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan itu kira-kira pukul 11.45 pagi.

Lokasi mangsa ditemui dengan tempat dia dipercayai terjatuh adalah sejauh 15 batu nautika.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.

“Mayat mangsa dihantar untuk proses pengecaman dan bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan hasil bedah siasat diperoleh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI