fbpx

Makan bangkai haiwan tepi jalan untuk berjimat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga ini akan keluar untuk 'memburu' bangkai haiwan di tepi jalan. -TLC

ASHTON,  Idaho – Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka dilaporkan memasak dan memakan  bangkai haiwan yang ditemui di tepi jalan sebagai kaedah berjimat, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Vickie dan suaminya,  John  yang muncul dalam salah satu episod program televisyen Extreme Cheapskate terbitan stesen televisyen TLC mendedahkan sifat kedekut itu membantu mereka untuk berjimat selama bertahun-tahun.

Menerusi rancangan yang memaparkan tahap kedekut seseorang yang ada kalanya tidak masuk akal, keluarga tersebut akan keluar bersama-sama untuk ‘memburu’ bangkai haiwan yang mati di tepi jalan untuk dijadikan  makanan.

Menurut John, jika bangkai yang ditemui masih baharu dan segar, dia tidak kisah untuk memakannya.

“Ia menjimatkan duit saya ,” katanya.

Selain untuk dimakan, pasangan itu menggunakan bulu haiwan jalanan yang ditemui untuk membuat hadiah kepada rakan-rakan mereka.

Jelas John, mereka mampu berjimat ketika sambutan Hari Krismas dan juga hari jadi rakan-rakan memandangkan isterinya, Vickie akan mengambil kulit haiwan jalanan yang ditemui untuk dijadikan hadiah seperti topi dan sarung tangan.

“Bulu haiwan sangat mahal namun kalau ia boleh dijumpai di tepi jalan sudah tentu kosnya lebih rendah,” kata John. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI