fbpx

KPN bimbang Malaysia jadi pusat pelancongan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid ( tengah) bersama syabu yang dirampas JSJN. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Penyeludupan dan pengedaran dadah yang berlaku di negara ini mencetuskan kebimbangan akan dijadikan sebagai pusat pelancongan dalam mendapatkan dadah.

Ini berikutan dalam situsai menghadapi ancaman Covid-19 dapat dilihat kegiatan sindiket ini terus digandakan kerana mungkin ramai ketagihan.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di bawah pimpinan pengarahnya, Datuk Razarudin Husain dan pegawai berhempas pulas setiap minggu dengan ada sahaja rampasan jutaan ringgit.

Katanya, antara faktornya termasuk penghasilan dadah di makmal tinggi dan hadapi kesukaran mengeksport menyeludup negara lain kerana negara berhampiran dengan segitiga emas dan mudah dibawa masuk ke sini dengan harga pasaran yang tinggi.

“Disebabkan itu, operasi digandakan di premis hiburan dan tiada kompromi dengan dadah begitu laris di kalangan pengunjung yang hendak berhibur sambil mengambil dadah. ‘Tauke’ pusat hiburan marah dengan polis dan hasil ujian saringan mendapati 95 peratus positif dadah di pusat hiburan.

“Jadi, sekiranya pihak polis tidak meningkatkan tindakan, saya bimbang satu hari memang kita menjadi tumpuan dan dijadikan pusat pelancongan untuk menghisap dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau memberikan jaminan bahwa polis akan sentiasa berusaha mengatasi kelicikan sindiket sama ada menggunakan pelbagai modus operandi termasuk cara laut, perkhidmatan kurier, berselindung di sebalik perkhidmatan lori dan trak yang dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penghantaran e-hailing.

Kata Abdul Hamid, sepanjang tempoh Januari hingga Februari lalu menunjukkan seramai 19,352 orang telah dberjaya ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah selain 52 sindiket dadah berjaya ditumpaskan melibatkan 217 individu.

“Keseluruhan dadah yang berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM245.22juta melibatkan 70,193.73 kilogram (kg) dan 9,752 liter cecair dadah. Rampasan tertinggi adalah syabu seberat 1,921.31 kg, erimin 5 ( 1,889.36kg), ganja (731.4kg) dan daun ketum (61,716.58 kg).

“Kita juga berjaya menyita pelbagai aset sindiket bernilai RM38.16 juta,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hamid menegaskan JSJN Bukit Aman berjaya menangkap tiga lelaki termasuk pemilik rumah yang menjadikannya sebagai stor penyimpanan syabu pada 17 Mac lalu di Kajang.

Dua lagi bertindak sebagai pengangkut atau transporter. Ketiga-tiga mereka berusia 37 hingga 42 tahun.

“Kita merampas hampir 1 tan syabu bernilai RM35.4 juta dengan dadah itu boleh digunakan seramai 4.9juta penagih.

“Sindiket ini telah bergerak aktif sejak Januari lalu dan menyeludup syabu dari Thailand ke Lembah Klang melalui kelantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI