fbpx

Kongsi gambar ala praperkahwinan, Zulin Aziz dihujani doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulin meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya dan Farhan.

PETALING JAYA – Selepas berkongsi beberapa keping gambar bersama seorang jejaka dikenali sebagai Farhan Norzaini, pelakon Zulin Aziz dihujani doa ‘selamat pengantin baharu’ daripada peminatnya.

Zulin atau nama lengkapnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, itu memuat naik foto memaparkan dia menggayakan baju kurung, sementara lelaki tersebut menyarung baju-T kosong berwarna putih dan berkain pelekat.

Menerusi salah satu hantaran berkenaan, Zulin menulis kapsyen pendek berbunyi ‘doa yang baik-baik’ berserta emoji berbentuk hati.

Perkongsian pelakon itu mendapat perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang mendoakannya agar segera bertemu jodoh dengan lelaki istimewa tersebut.

“Semoga dikuatkan jodoh sehingga ke jenjang pelamin dan kekal ke syurga,” tulis seorang pengikutnya.

Pelakon Lufya Omar turut tidak ketinggalan meninggalkan komen mendoakan yang terbaik buat jodoh Zulin.

“Jodoh dah sampai. Pang kopang kopang kopang,” tulisnya ringkas.

Hujung tahun lalu, Zulin pernah menimbulkan tanda tanya orang ramai apabila berkongsi sekeping gambarnya yang menampakkan bahagian tangan seorang lelaki ketika sedang menikmati makan malam.

Dia bagaimanapun mengakui enggan mendedahkan identiti lelaki itu atas nasihat keluarga selain mahu menjalani kehidupan secara privasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI