fbpx

Khloe dilarang hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHLOE KARDASHIAN

SELEBRITI media sosial terkenal Khloe Kardashian baru-baru ini dinasihatkan doktor peribadinya agar tidak lagi merancang untuk hamil lagi. Semuanya kerana faktor usianya yang kini hampir mencecah 36 tahun dan boleh membahayakan kandungannya.

Menurut doktor, kandungannya berpotensi untuk gugur sehingga 80 peratus jika dirinya mengandung lagi pada usia sekarang.

Mendengar nasihat tersebut, Khloe mengimbas kembali keadaan dirinya ketika mengandungkan anak sulung, True yang kini berusia dua tahun.

Sewaktu mengandungkan puteri kesayangannya itu, Khloe hampir sahaja kehilangan bayinya kerana mengalami masalah implikasi ketika hamil.

“Saya hampir keguguran ketika mengandungkan True. Saya tidak tahu adakah benar saya tidak boleh mengandung lagi sekarang,” katanya.

Pesanan doktor ternyata membuatkan Khloe berasa sedih kerana dia mengakui teringin memiliki anak ramai dan membina keluarga yang besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI