fbpx

Kening Minho, lembut dan redup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINHO

BERGELAR selebriti popular, sekecil-kecil perubahan yang dilakukan mereka pasti akan disedari peminat.

Situasi sama dialami penyanyi Minho yang menuai perhatian peminat apabila dia kelihatan tampil berbeza selepas mencukur bahagian keningnya menjadi lebih kemas.

Sebelum ini, benduk dan kedudukan bulu kening Minho agak tinggi serta tajam. Namun dia tampil dengan imej baharu apabila mencukur bahagian bulu kening yang tajam dengan meratakannya menjadi lurus.

Malah bulu keningnya yang sebelum ini agak tebal juga sudah kelihatan sedikit nipis.

“Perubahan ini sangat kecil tetapi apa-apa pun saya sukakan gaya baharu bulu kening Minho,” tulis seorang peminat.

Selepas imej baharunya berlegar dalam internet, ramai peminat memuji wajah Minho kelihatan lebih lembut dan redup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI