fbpx

Karakter pemain julang Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN pertahanan Penang FC, Rafael Santos (kanan) berusaha mengekang pergerakan penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri Fauzi pada aksi di Stadium MBPJ kelmarin.

PENDATANG baharu Liga Super, Penang FC terus menunjukkan belang mereka dalam sa­ingan musim ini selepas berjaya merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Selangor FC dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Tomas Trucha itu berjaya menjaringkan gol menerusi ledakan Al-Hafiz Harun pada minit ke-38 sebelum Danial Ashraff Abdullah menggandakan kedudukan 17 minit sebelum tamat perlawanan.

Mengulas mengenai aksi tersebut, Trucha menyifatkan karakter dipamerkan para pemain cukup agresif dan tidak takut dengan reputasi tinggi yang dimiliki oleh skuad Gergasi Merah.

Kata Trucha, barisan pemain telah memperbaiki prestasi mereka berbanding ketika seri tanpa jaringan bertemu UiTM FC minggu lepas dengan menggunakan peluang keemasan sebaik­nya.

“Saya sangat gembira apabila barisan pemain berjaya memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan dengan meledak dua gol penting sekali gus mencatat kemenangan bergaya ke atas Selangor.

“Namun, masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutama aspek pertahanan tetapi saya percaya saingan liga baru sahaja bermula dan prestasi pemain akan bertambah baik dari semasa ke semasa.

“Secara jujur, saya cukup berbangga dengan komitmen mereka dalam memburu kemenangan dan kerja keras itu dilihat berhasil kerana dapat membawa pulang tiga mata penuh menentang lawan yang sukar bertemu Selangor FC,” katanya.

Skuad Harimau Kumbang yang berjaya menjuarai Liga Premier musim lepas berjaya me­ngutip lapan mata selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI