fbpx

Kapten, anak kapal didakwa seludup rokok RM47.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Myiny Aung (kiri) dan Tien Lye (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Pontian, Johor hari ini atas pertuduhan menyeludup pelbagai jenis rokok bernilai RM47.1 juta. Foto RAJA JAAFAR ALI

PONTIAN – Dua lelaki masing-masing seorang warga Myanmar dan seorang warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup pelbagai jenis rokok bernilai RM47.1 juta, awal bulan ini.

Tertuduh, Myint Aung, 55, yang merupakan kapten kapal dan Seah Tien Lye, 48, seorang anak kapal membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret, Nur Azzuin Abdul Moati.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu atas kapal MV Chita di kedudukan 3 batu nautika barat daya, Pulau Kukup pada pukul 8.15 malam, 8 Mac 2021.

Mereka didakwa menyeludup pelbagai jenis rokok iaitu U2 Merah, Ran Bold, D-Gi Full Flavour, D-Gi Menthol dan L.A Light/Merah yang didapati tidak berduti Kastam.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih dari 20 kali ganda dari amaun duti kastam atau dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 setiap seorang dengan syarat dua penjamin tempatan, pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah dan kedua-dua tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap Isnin sehingga kes selesai.

Nur Azzuin turut menetapkan tarikh 21 April ini bagi sebutan semula kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI