fbpx

Fifie hampir julang Tuneboss-Pink Racing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIFIE berjaya mengetuai kelompok depan pada pertengahan saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia sebelum akur menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima di SIC semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

MESKIPUN berstatus wanita, pelumba pasukan Tuneboss-Pink Racing, Siti Norafizah Muhammad tidak memikirkan soal tersebut ketika melakukan kejutan menamatkan saingan di kedudukan kelima pada perlumbaan CP125 Kejuaraan Cub Prix Malaysia semalam.

Siti Norafizah atau lebih dikenali sebagai Fifie mengakui berdebar-debar ketika memulakan saingan di barisan hadapan, namun sebaik sahaja bersaing dia melupakan perasaan itu sebelum memecut laju memberi tentangan di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan).

Pada saingan tersebut, Fifie hampir menaiki podium apabila berada di kedudukan pertama ketika pertengahan perlumbaan selepas memintas seorang demi seorang pelumba di hadapannya.

Selepas beberapa pusi­ngan, Fifie tidak berupaya mengekalkan kedudukan tersebut dan akur menamatkan sai­ngan tempat kelima sekali gus mengutip 11 mata pertamanya dalam kategori CP125.

“Saya mengakui sedikit berdebar ketika memasuki grid perlumbaan kerana saya memang tidak menjangkakan mampu bersaing dengan baik pada perlumbaan ini.

“Meskipun pasukan Tuneboss-Pink Racing tidak mele­takkan sebarang tekanan tetapi ketika perlumbaan saya sentiasa meletakkan fokus 100 peratus di dalam litar.

“Saya bersyukur kerana me­raih mata pada sai­ngan Cub Prix ini meskipun tidak dapat menaiki podium. Saya juga berharap de­ngan pencapaian ini saya mampu lakukan dengan le­bih baik pada pusingan seterus­nya nanti,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Rakan sepasukan Fifie, Harith Farhan Baharin pula menamatkan saingan di kedudukan kelapan sekali gus meraih lapan mata. Juara perlumbaan itu dimenangi pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd. Syafiq Rosli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI