fbpx

Dahulu saya miskin – Selena Gomez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELENA GOMEZZ

TIDAK semua selebriti Hollywood lahir daripada keluarga yang kaya-raya dan mewah.

Terdapat segelintir selebriti antarabangsa sebenarnya pernah hidup susah, bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan mereka hidup dalam kemiskinan.

Seorang daripada mereka ialah penyanyi Selena Gomez. Menurut penyanyi itu, dia dibesarkan oleh ibunya yang bergelar ibu tunggal.

“Ibu bapa bercerai ketika saya masih kecil. Oleh itu, saya dibesarkan oleh ibu dengan kudratnya sendiri,” ujar penyanyi berusia 28 tahun itu.

Tambah Gomez, kehidupannya ketika kecil dihimpit kemiskinan dan sangat sukar. Bahkan ada ketika, ibunya tidak mampu mengisi minyak kereta kerana ketiadaan wang.

“Orang ramai selalu beranggapan saya lahir dalam keluarga yang kaya-raya. Tetapi sebenarnya dunia glamor dan mewah yang dinikmati hari ini bermula dengan keperitan,” ujar pelantun lagu Lose You to Love Me itu mengenang memori lampau dalam hidupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI