fbpx

Bau busuk bawa penemuan mayat warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memecah pintu jeriji besi rumah yang didiami wanita warga emas yang ditemui meninggal dunia sejak tiga hari lalu di Jalan Haji Manan, Kluang malam semalam.

KLUANG – Bau busuk yang dihidu beberapa jiran tetangga membawa penemuan seorang wanita warga emas meninggal dunia dalam kejadian di Jalan Haji Manan, di sini malam tadi.

Mayat wanita yang dikenali sebagai A. Rukumany, 65, itu ditemui kira-kira pukul 8.16 malam selepas pasukan bomba berjaya membuka pintu kediaman wanita berkenaan.

Menurut Komander Operasi Pegawai Kanan Bomba II Mohd. Noor Hakim Nordin, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan mangsa terperangkap melalui talian MERS999.

“Sebuah jentera FRT, EMRS dan RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan keseluruhan seramai
10 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“PKO bertindak menggunakan ‘bolt cutter’ untuk memotong pintu grill dan berjaya dibuka sebelum menemui mayat wanita berkenaan di ruang tamu dalam keadaan tertiarap,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Noor Hakim berkata, wanita warga tempatan itu dipercayai meninggal dunia kira-kira tiga hari yang lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI