fbpx

17 penagih ditahan dalam Ops Sarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan di sarang dadah di Permatang Tok Jaya, Seberang Perai semalam. Pix IHSAN IPD SPU

SEBERANG PERAI- Seramai 17 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah menerusi operasi khas, Ops Sarang yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Permatang Tok Jaya, Pekan Darat, Butterworth di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, serbuan yang dijalankan di lokasi panas yang dikenalpasti sebagai sarang penagih dadah bermula pukul 9 pagi sehingga 8 malam.

“Selain aktiviti penagihan, lokasi terbabit turut dijadikan tempat penjualan dadah secara terbuka.

“Justeru, kesemua suspek yang berusia antara 35 sehingga 65 tahun ditahan sepanjang operasi berlangsung.

“Keseluruhannya, sebanyak 8.4 gram heroin, 1.3 gram syabu dan 0.6 gram ganja bernilai RM390 turut dirampas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

“Usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di lokasi dikenal pasti akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI