fbpx

1,116 kes baharu, lima kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,116 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 334,156 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lapan kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,108 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 mencatatkan 14,134 kes.

“Terdapat lima kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,238 kes.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,495 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 318,784 kes,” katanya pada Facebook di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 156 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 60 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI