fbpx

Warga asing menyamar anggota polis dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Tindakan seorang lelaki warga asing menyamar sebagai anggota polis dalam cubaan untuk melakukan jenayah samun akhirnya memakan diri apabila dia ditahan dalam satu kejadian di Taman Lembah Maju di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pencuci kereta berhubung kejadian kira-kira pukul 10.10 malam.

“Pengadu mendakwa, sewaktu sedang berjalan kaki menuju ke pasar malam, dia dan seorang lagi rakan telah ditahan oleh seorang lelaki menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang mengaku sebagai anggota polis dan meminta menunjukkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) milik mereka.

“Suspek kemudiannya ingin memeriksa beg dibawa pengadu mengakibatkan lelaki itu curiga sebelum dia bertindak melarikan diri ke arah anggota polis sebenar yang kebetulan berada di kawasan berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, berpandukan maklumat yang diperolehi, pada pukul 11.35 malam hari yang sama, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Pandan Indah telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek di kawasan Medan Selera Taman Lembah Maju.

“Suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki warga asing yang juga merupakan pemegang kad UNCHR berusia 26 tahun dan tidak bekerja.

“Lelaki tersebut kini direman sehingga 2 April depan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” tegas beliau. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI