fbpx

Tindakan usir diplomat Korea Utara bukti ketegasan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan pengusiran itu dilaksanakan selaras dengan Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

PUTRAJAYA – Tindakan mengusir semua diplomat Kedutaan Demokrat Republik Rakyat Korea (DPRK) di Kuala Lumpur dalam tempoh 48 jam membuktikan ketegasan Malaysia dengan tidak sesekali bertolak ansur terhadap sebarang percubaan untuk mencampuri urusan dalaman dan kehakiman negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu juga adalah sebagai peringatan bahawa Malaysia tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang tidak menghormati sistem pemerintahan negara dan terus-menerus menimbulkan ketegangan yang dalam menentang perintah antarabangsa.

“Tindakan kerajaan Malaysia ini menjadi keperluan dalam usaha melindungi kedaulatan dan menjaga kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, tindakan pengusiran itu dilaksanakan selaras dengan Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

“Kerajaan Malaysia harus mengambil langkah ini sebagai tindak balas kepada keputusan secara unilateral DPRK pada 19 Mac lalu yang sama sekali tidak bertanggungjawab untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Malaysia mengusir semua diplomat Kedutaan DPRK di Kuala Lumpur hari ini selaras dengan keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Luar pada Jumaat lalu.

Seramai 33 pegawai diplomatik dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara di ibu negara meninggalkan Malaysia semalam sebelum tamat tempoh 48 jam diusir keluar.

Ia susulan tindakan keras rejim Pyongyang memutuskan hubungan diplomatik dengan Putrajaya pada Jumaat lalu kerana mengekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat (AS). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI