fbpx

Pesara JPJ maut kena serangan jantung ketika memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa selepas merempuh papan tanda di Jalan Beris Kubor Besar, Bachok hari ini.

BACHOK – Seorang pesara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut selepas kereta yang dipandunya terbabas merempuh papan tanda di Jalan Beris Kubor Besar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Mohamed Nor Mat, 70, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai diserang sakit jantung ketika sedang memandu kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Supritendan Mohd. Yusrizal Mohd. Ghazali berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu kereta jenis Daihatsu Charade seorang diri dan sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Kuchelong ke Beris Kubor Besar.

Katanya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai diserang sakit jantung sebelum kereta yang dipandunya terbabas ke kanan jalan.

“Insiden itu menyebabkan kereta tersebut merempuh papan tanda yang berada di bahu sebelah kanan jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bachok yang tiba di lokasi kemalangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI