fbpx

Perak FC, JDT sama kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akhyar (kiri) berjaya menjaringkan satu gol buat JDT pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi. - Foto Johor Southern Tigers.

IPOH – Jaringan penalti Leandro Sebastian Velasquez dalam masa kecederaan menyelamatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada menerima kekalahan di tangan Perak FC di Stadium Perak, malam ini.

Velasquez yang mengambil sepakan itu tidak memberi sebarang peluang kepada Hafizul untuk menyelamat maruah Johor.

Pujian harus diberikan kepada Shahrul Mohd. Saad dan rakan sepasukan terutama penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang menjadi penghalang utama pasukan Harimau Selatan itu.

Babak kedua menyaksikan Perak lemas dengan asakan pelawat yang menyerang dari setiap sudut dalam usaha mencari gol.

Kemasukan Mahmadou Sumareh menambah sengat serangan pelawat. Dalam tempoh 13 minit, JDT menyerang secara berterusan dan menyaksikan penjaga gol Bos Gaurus, Hafizul Hakim menyelamat tiga percubaan pelawat.

Tuan rumah mengejutkan pelawat apabila De Paula merembat kencang melepasi Farizal Marlis sebaik memasuki kotak penalti. Akhyar Rashid merapatkan jurang apabila Hafizul gagal menangkap kemas rembatan pemain itu pada minit ke-76.

JDT meneruskan asakan dan dengan pengalaman dan kualiti pemain dimilikinya usaha mereka berjaya untuk menyamakan kedudukan dalam masa kecederaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI