fbpx

Peluang Liverpool lunas dendam lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL berpeluang untuk menebus kekalahan pada pentas final Liga Juara-Juara 2018 apabila diundi menentang Real di suku akhir nanti. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus ­Liverpool, Jurgen Klopp melaungkan keyakinan apabila diundi berdepan juara 13 kali, Real Madrid pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

Pertemuan yang dijadualkan berlangsung 6 dan 14 April depan itu bakal menyaksikan kedua-dua pasukan mengulangi aksi final 2018 yang dimenangi Real.

Kata Klopp, meskipun sedar dengan ancaman yang bakal diberikan Real, namun beliau tetap teruja dan tidak sabar untuk berdepan jaguh Sepanyol itu.

“Saya yakin ia akan jadi satu perlawanan yang menarik dan saya sangat teruja. Saya tahu semua orang sedar Real satu ­pasukan yang sangat kuat, begitu juga kami.

“Saya tidak pasti di manakah venue perlawanan tetapi berharap kami akan bermain di Anfield. Saya gembira dan puas hati dengan undian yang dilakukan,” kata Klopp.

Sebagai rekod, pengendali dari Jerman itu pernah berdepan Real sebanyak enam kali ketika mengendalikan Borussia Dortmund, namun kali ini tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

“Bersama Liverpool, saya hanya bertemu sekali dengan Real. Bagaimanapun, kali ini mereka akan turun tanpa Cristiano (Ronaldo) dan (Gareth) Bale, namun Sergio Ramos, Toni Kroos masih di sana,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI