fbpx

Mangsa culik terakhir Abu Sayyaf diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuldin

KOTA KINABALU – Seorang mangsa culik yag juga tahanan terakhir Kumpulan Abu Sayyaf berjaya diselamatkan pasukan keselamatan Filipina hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd. Khairuldin,15, berjaya diselamatkan di Pulau Kalupag, Languyan, Tawi-Tawi pada pukul 6.30 pagi sekaligus tahanan Indonesia terakhir yang diselamatkan.

Mohd Khairuldin adalah antara lima nelayan Indonesia yang diculik di perairan Tambisan Lahad Datu, Sabah tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.

“Remaja lelaki itu ialah mangsa terakhir dalam kejadian culik di perairan Tambisan, Lahad Datu.

“Penyelamatan remaja berkenaan berjaya dibuat tiga hari selepas tiga lagi tebusan. Mereka sedang dipindahkan oleh kumpulan itu dari Indanan, Sulu, ke tempat lain.

“Hanya Arizal Kasta Miran, 30, Arsad Dahlan, 41, dan Andi Riswanto Hayano, 26, diselamatkan polis Filipina di perairan Tawi-Tawi ketika bot yang digunakan oleh tawanan mereka terbalik di laut bergelora,” katanya.

Terdahulu, laporan berita Filipina menyatakan Komander Komando Mindanao Barat, Leftenan Jeneral Corleto Vinluan Jr mengatakan semua tebusan berada dalam keadaan selamat.

Difahamkan, pasukan keselamatan Filipina turut menembak mati sub-komandan Abu Sayyaf, Apo Mike yang bertanggungjawab dalam beberapa siri kes penculikan di perairan Sabah.

Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan, tersenarai di antara 21 individu yang dikehendaki oleh Komando Keselamatan Timur Sabah (Esscom) dan ditembak mati sewaktu pertempuran dengan tentera laut Filipina di Tawi-Tawi semalam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI