fbpx

Kubur mangsa pembunuhan beramai-ramai tertua di dunia ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lubang menyimpang 41 rangka mangsa pembunuhan berusia 6,200 tahun ditemui di Croatia. – MUZIUM ARKEOLOGI ZAGREB/JACQUELINA BALEN

ZAGREB, Croatia – Sebuah lubang besar menyimpan 41 rangka manusia dipercayai berusia 6,200 tahun ditemui di ­Croatia, lapor portal berita ­Business ­Insider kelmarin.

Kajian oleh pasukan penyelidik daripada Universiti Wyoming, Amerika Syarikat itu mendapati, rangka yang ditemui itu milik 21 lelaki dan 20 wanita termasuk beberapa kanak-kanak.

Kesemua rangka tersebut ditemui di kampung Potocani dan berasal dari zaman tembaga iaitu 4,200 tahun Sebelum Masihi .

Kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal Plos One pada bulan ini menunjukkan lubang itu menyimpan mangsa pembunuhan beramai-ramai tertua yang didokumentasi dalam catatan arkeologi.

Lubang itu ditemui secara tidak sengaja oleh seorang lelaki yang menggali tanah untuk dijadikan tapak garaj pada 2007.

Analisis menunjukkan keba­nyakan mangsa ditikam di kepala dengan ujian  asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati 70 peratus individu yang ditanam di dalam lubang sedalam antara 0.9 meter hingga 2 meter itu tiada pertalian darah.

“Ini adalah kes pembunuhan beramai-ramai tertua yang diketahui setakat ini,” kata ahli antrapologi dan penulis bersama kajian tersebut, James Ahern dalam satu siaran akhbar.

Ahern dan pasukannya dijemput ke tapak perkuburan itu pada 2012 untuk menentukan usia, jantina dan cara kematian mangsa.

Menurutnya, semua mangsa berusia antara dua tahun hingga 50 tahun dengan 13 rangka ­mengalami kecederaan pada sisi atau belakang kepala dengan tengkorak menunjukkan kesan ditikam dan ditusuk sehingga empat kali.

Punca kematian 28 mangsa lain tidak dinyatakan, bagaima­napun Ahern percaya mereka ‘menemui ajal dengan cara yang kejam.’

“Ini kerana individu boleh dicekik, dipukul, dipotong atau ditikam di kawasan tisu lembut dengan cara yang tidak menjejaskan tulang,” katanya.

Pengkaji dari Institut Penyelidkan Antropologi di Zagreb, Mario Novak berkata, mangsa dipercayai tidak dapat berge­rak dan diikat kerana seseorang cenderung menggunakan lengan untuk menghalang pukulan.

“Mereka tidak mempertahankan diri dan ia adalah pembunuhan terancang,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI