SEPANG – Pasukan Tuneboss-Pink Racing menepati sasaran mereka apabila berjaya mengutip mata menerusi pelumba wanitanya, Siti Norafizah Muhammad yang melakukan kejutan menamatkan saingan di kedudukan kelima di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) sebentar tadi.
Pada aksi perlumbaan Cub Prix Malaysia tersebut, Siti Norafizah atau dikenali sebagai Fifie yang memulakan saingan di kedudukan kedua tampil cemerlang dan tidak menghiraukan statusnya sebagai pelumba wanita.
Siti memberi tentangan hebat kepada semua pasukan dan sempat berada di tempat pertama ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan sebelum tamat namun tidak berupaya mengekalkan kedudukan itu sebelum berpuas hati di kedudukan kelima.
Rakan sepasukan Fifie, Harith Farhan Baharin menamatkan saingan di kedudukan kelapan sekali gus meraih lapan mata. Juara perlumbaan itu dimenangi pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd. Syafiq Rosli.