fbpx

Enjin Honda mampu tewaskan Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALPHA TAURI berjaya melakukan 422 pusingan menggunakan enjin Honda pada sesi ujian pramusim yang berlangsung di Bahrain sebelum ini. – AFP

MANAMA – Pengarah teknikal F1 Honda, Toyoharu Tanabe mengakui berpuas hati dengan sesi ujian di Bahrain dan percaya bahawa enjin Honda lebih hebat berbanding juara dunia musim lalu, Mercedes.

Musim ini, pasukan Red Bull Racing dan AlphaTauri-Honda masing-masing menggunakan enjin Honda malah tidak berdepan sebarang masalah apabila Max Verstappen tampil cemerlang selepas melakukan catatan masa terpantas pada sesi tersebut dengan 369 pu­singan manakala AlphaTauri 422 pusingan.

Tanabe menegaskan pihak­nya telah mengumpul data yang cukup lengkap sekali gus mahu memastikan enjinnya mampu berdaya saing sebelum perlumbaan sebenar berlangsung pada hujung minggu depan.

“Untuk memastikan prestasi dan kestabilan enjin, kami me­lakukan beberapa perubahan kecil terutama kepada pengecas turbo dan beberapa komponen lain.

“Pada sesi ujian tersebut kami dapat rasakan Honda telah mengatasi kemampuan enjin Mercedes pada musim lalu tetapi kami belum dapat pastikan kemajuan yang dicapai Mercedes pada musim ini.

“Kemungkinan kami akan ketahui pada perlumbaan pertama ini nanti. Kami tidak pasti apa yang sebenarnya dilakukan Mercedes ketika ini tetapi untuk tempoh ujian yang lalu kami telah melakukan dengan begitu sempurna.

“Kami berpuas hati dengan kemajuan dicapai kedua-dua pasukan. Matlamat kami cuma satu iaitu mahu mengalahkan pasukan Mercedes dan memenangi gelaran dunia Formula Satu (F1) pada musim 2021 ini,” katanya.

Sebelum ini, pasukan Red Bull Racing enggan terpedaya dengan taktik Mercedes yang dilihat sengaja menyembunyikan kemam­puan dan yakin pasukan tersebut akan pamer taring sebenar pada perlumbaan sebenar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI